ASAS-ASAS ISLAM MAUDUDI PDF

Goodreads helps you keep track of books you want to read. Want to Read saving…. Want to Read Currently Reading Read. Other editions. Enlarge cover.

Author:Nezshura Gardagis
Country:Finland
Language:English (Spanish)
Genre:Politics
Published (Last):2 August 2013
Pages:47
PDF File Size:2.17 Mb
ePub File Size:12.92 Mb
ISBN:833-8-39525-189-5
Downloads:4464
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Kagadal



Recommend Documents. Abul Fazl and Badaoni An analysis of the historians of Akbar's times. Full description. Harbans Mukhiya Abul Fazl and Badauni historians of medieval india. Islam A book on IslamFull description. Lago vs Abul, digest, law, case Lago vs Abul, digest, law, case. Makalah Agama Islam Syariah Islam syariah islam.

Abul Hasan Al Asy'ari. Waris islam. Raja Islam okkkkkkDeskripsi lengkap. Nizhamul Islam kitab HT yang pertama dikaji. Kedokteran Islam Full description. Rukun Islam.

Bunga Islam. Perubatan Islam Menunjukkan kronologi dalam perubatan IslamFull description. Sarekat Islam Full description. Al Islam Deskripsi lengkap. Agama Budha di ambil daripada nama pembawanya, Gautama Budha.

Dan agama Zarathustra dimasyhurkan demikian kerana pendirinya dan pembawa panjipanjinya bernama Zarathustra. Demikian juga agama Yahudi muncul di atas pangkuan suatu kabilah yang dikenal dengan nama kabilah Yahuda, maka agama itupun dinamai Yahudi. Demikian seterusnya.

Berlainan dengan agama Islam. Ia tidak dibangsakan kepada seorang lelaki yang khas dan tidak kepada ummat yang tertentu. Nyatanya, nama ini tidak menunjukkan pembawa dan pengasasnya yaitu seorang lelaki di antara manusia. Ia bukan khas bagi ummat yang tertentu melainkan seluruh bangsa-bangsa.

Ia mempunyai matlamat untuk menghiasi seluruh penduduk bumi ini dengan sifat Islam. Siapa saja yang bersifat dengan sifat ini, baik manusia zaman lampau atau manusia masa kini, ia adalah Muslim: juga orang yang berhias dengannya pada masa depan adalah seorang Muslim. Dinamai agama kita ini dengan Islam kerana ia mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk kepada perintahNya tanpa membantah.

Matahari, bulan dan bintang-bintang menjalani peredarannya mengikut suatu kaedah yang tetap. Ia tidak menyimpang dan kaedah itu dan tidak terkeluar meskipun sesimpul rambut.

Bumi beredar di sekeliling kutubnya, tidak bergerak lebih daripada kadar yang ditentukan baginya. Pergerakan dan perjalanan gerakannya tidak berlain dan tidak bertukar. Air, udara, cahaya dan panas, semuanya berlaku mengikut peraturan yang khas.

Benda-benda beku, tumbuh tumbuhan dan binatang-binatang, semuanya mengikut cara yang tetap, tidak mengembang dan tidak menyusut, tidak hidup dan tidak mati melainkan dengan kehendak pengaturNya. Dan kerana adanya undang-undang inilah, dengan sendirinya hati manusia terpandu dalam gerak-gerinya, dalam peredaran darahnya, dalam keluar masuk nafasnya.

Kepadanya tertakluk seluruh anggota tubuhnya, seperti otak, perut, paru-paru, urat-sarap, urat-urat daging, dua tangan, dua kaki, lidah, dua mata, hidung dan telinga. Mereka tidak akan berbuat apa-apa melainkan sejauh jalan yang telah ditetapkan baginya. Adapun undang-undang semesta, yang kepadanya Seluruh alam maujud ini menyerah, dan tiada kuasa baginya menghindarinya, mulai danipada planet yang terbesar di langit, sampai kepada butir pasir yang paling kecil di bumi, adalah ciptaan maha pemiik, maha agung dan maha berkuasa.

Apabila setiap yang ada dilangit, di bumi, dan di antara keduanya tertakluk kepada undang-undang ini maka alam seluruhnya tunduk kepada pemilik yang maha berkuasa itu, yakni yang menciptanya; ia mengikut akan segala perintah Nya. Dan sudut ini, nyata bahawa Islam itu adalah agama sejagat semesta, kerana Islam bermakna takluk dan mengikut segala perintah Maha Pemerintah dan menjauhi laranganNya tanpa bantahan sebagai yang anda ketahui terdahulu.

Mata hari, bulan dan bumi adalah benda-benda Muslim yang menundukkan din — pent. Udara, air,cahaya, kegelapan dan panas adalah benda-benda Muslim. Pohon, batu dan haiwan adalah benda-benda Muslim. Bahkan juga manusia 4 Asas-asas Islam yang tidak mengenal Tuhannya dan yang mengingkari ujudNya dan yang mengingkari tanda-tanda kebesananNya, atau orang yang bertuhankan selain Allah, atau yang menyengutukan Tuhan dengan yang lainNya, adalah seorang Muslim dan segi fitrah yang telah difitrahkan kepadanya.

Demikian juga, setiap anggota tubuhnya tidak menganut sesuatu agama melainkan agama Islam: kerana ia tidak terjadi, tidak menjadi besar dan tidak bergerak melainkan mengikuti undang undang Tuhan itu sendiri. Bahkan pada hakikatnya, lidahnya yang dipergunakannya untuk menzahirkan pandangan pandangan syirik menyengutukan Tuhan — pent. Demikian juga kepalanya yang memaksanya tunduk di hadapan yang lain daripada Allah tidak menganut sesuatu agama melainkan agama Islam, mengikut fitrahnya yang telah difitrahkan ke atasnya.

Demikian juga hatinya yang mengaliri dirinya dengan cinta kepada selain Allah dan penghormatannya kepada kejahilan dan kejahatan, seluruhanya ini adalah Muslim dan sisi fitrahnya dan semulajadinya.

Maka semuanya itu telah Islam tunduk — pent. Jika anda telah memahami ini marilah kita lihat pula dan sudut lain. Bagi manusia, dalam hidupnya ada dua pihak yang berlainan: Pertama: Ia tunduk kepada undang-undang fitrah, mengikutinya begitu sahaja.

Yang lain, kepadanya didatangkan akal, kekuatan berfaham ketelitian dan pandangan, maka ia menjadi Islam pada satu pihak dan ingkar pada yang lain. Ia menyukai satu jalan dan membenci cara. Diletakkannya dalam dirinya pengawal bagi sudut-sudut ke hidupan yang bermacam-macam itu.

Atau ia menerima peraturan-peraturan kehidupan yang diletakkan oleh orang lain. Ia tidak terbelenggu di dunia ini. Bahkan ia mempunyai kemerdekaan berfikir dan memilih dalam pandangan dan perbuatan.

Ini adalah dua golongan yang berlainan yang dijumpai dalam hidup manusia. Setiap orang mengikut apa yang ada padanya. Golongan yang pertama adalah Muslim yang telah tercipta atas Islam dan telah terfitrah untuk melaziminya. Ia menyertai makhluk lain di alam ini. Ini telah pun anda ketahui terdahulu. Golongan yang lain, Islam atau tidaknya adalah dengan piihan.

Dan pilihan ini menyebabkan manusia tergolongan dalam dua golongan: Manusia yang mengenal penciptanya, beriman kepada Nya sebagai Tuhan, pemilik dan tuan bagi dirinya. Inilah orang Muslim yang sempurna, yang telah menyempurnakan Islamnya, kerana kehidupannya sekarang telah menjadi Islam itu sendiri.

Dan jadilah ilmunya itu benar, kerana ia mengenal Allah penciptanya dan Tuhannya yang telah mengurniakan kepadanya kekuatan ilmu dan belajar. Dan jadilah akalnya matang dan pandangannya kemas, kerana dia mengamalkan fikirannya, kemudian ia menetapkan hokum bahawa ia tidak akan mengabdikan dirinya melainkan kepada Allah yang telah memberinya kemuliaan dengan kebijakan berfaham dan berfikir di dalam perbagai perkara.

Dan jadilah lidahnya benar, memperkatakan yang hak, kerana ia sekarang tidak berikrar melainkan kepada Tuhan yang esa, ialah Allah yang maha tinggi yang telah mengurniakan kepadanya kekuatan berucap dan berkata. Tiadalah yang tinggal lagi sekarang di dalam kehidupannya melainkan kebenaran, kerana ia terikat kepada undang-undang Allah, kerana ia telah memilihnya di dalam urusannya. Dan menjadi panjanglah tonggak perkenalan dan keramahtamahan antara dirinya dengan semua makhluk di alam ini, kerana ia tidak mengabdi melainkan kepada Allah yang maha bijaksana dan maha mengetahui.

Tuhan yang kepadaNya seluruh makhluk ini memperhambakan diri, tunduk kepada penintah-Nya dan terikat kepada undang-undang Nya Sekarang, jadilah ia khalifah Allah, yaitu naib-Nya di muka bumi ini.

Setiap benda didunia ini adalah untuknya. Ia dilahirkan Muslim, hidup muslim sepanjang hayatnya, yang kelslamannya tidak diketahui atau disadarinya, tetapi ia tidak menggunakan kekuatan ilmu dan akalnya untuk mengetahui siapa yang menciptakannya, siapa yang membukakan pendengaran dan penglihatannya. Ia mengingkari wujud Tuhan. Ia merasa bongkak untuk memperhambakan din kepada Tuhan. Atau djsekekutukannya Tuhan dengan yang lain.

Ia enggan beriman kepada ayat-ayat yang menunjukkan kemahaesaan Tuhan. Inilah dia orang kafir. Kata orang menutupi baju besinya dengan bajunya : yang bermakna: ia apabila ditutupinya dan baju dipakainya di atas bajubesi. Sesungguhnya anda telahpun mengetahui bahawa orang itu tidak dilahirkan melainkan dalam fitrah Islam. Dan setiap anggota tubuhnya tidak bekerja melainkan sesuai dengan fitrah Islam.

Dan dunia sekelilingnya tiada beredar mengikut edarannya melainkan menurut Sunnah Islam. Tetapi semua ini terlingkup oleh hijab kejahilan dan kejahatan yang menutupi, sehingga terluputlah dan pandangannya fitrah dunia dan fitrah dirinya. Anda menyaksikannya tiada menggunakan kekuatan fikiran dan ilmunya melainkan mengenai perkara perkara yang berlawanan dengan fitrahnya.

Ia tiada melihat sesuatu melainkan yang bertentangan dengannya. Dan ia tidak mengusahakan sesuatu melainkan apa yang membatalkannya. Anda boleh membayangkan sendiri sekarang apa yang diputarbalikkan oleh orang kafir tentang kesesatan yang jauh dan kesalahan yang nyata. Ertinya: Kejahilan manakah yang lebih besar dan lebih hina daripada kejahilan orang yang tidak mengenal Tuhannya? Ia menyaksikan penciptaan alam yang besar ini, berkenalan dalam pekerjaannya, siang malam tetapi ia tidak mengenal siapa yang menciptakannya dan yang memerintah kepadanya untuk bergerak terus menerus.

Siapakah yang telah menumpuk batubara, hidrogen, oksigan, sodium dan kalsium, dan bendabenda lainnya yang tidak mempunyai hidup dan akal? Dan siapakah yang mengeluarkan daripada alam ini benda besar dan mustahak seperti manusia? Atau, tidakkah ia merasa ajaib ketika menyaksikan beragam-ragam benda di setiap pelusok alam ini? Semua itu dengan sendirinya menunjukkan hajat kepada pertukangan dan pengindahan rupabentuknya, yang mempunyai kemahiran satu-satunya yang tiada saingannya dalam ke juruteraan, keahlian, ilmu kimia dan ilmuilmu lainnya.

Meskipun demikian akalnya tidak menunjukinya kepada pengenalan akan Yang Maha Mulia, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui yang telah menukangi dan menyusunnya. Fikirlah sedikit: Adakah mungkin terbuka pintu ilmu yang benar pada diri orang seperti ini orang yang telah sesat dan sejak pangkal pengetahuannya lagi? Orang seperti ini, meskipun telah sampai kepadanya pemikiran dan penelitian, dan telah menambah pembahasan dan penyelidikan, tidak akan mendapat petunjuk kepada jalan yang lurus dan benar yang menyampaikannya kepada ilmu yang benar di dalam sesuatu bidang kehidupan, kerana ia menghadapi kegelapan ke sejak permulaan.

Demikian seterusnya, ia tidak menghadapi yang lain melainkan kegelapan kejahatan sampai kepada akhirnya. Kufur itu adalah suatu kezaliman! Bahkan kezaliman yang paling besar dan paling jahat adalah kufur.

EDDS CHARTS PDF

Al-Maududi - Asas Asas Islam

.

STK0760 PDF

Asas-asas Islam

.

AUTOMATIC FLIGHT CONTROL-BY E.H.J.PALLETT PDF

Islam, Muslims and the Modern State

.

Related Articles